PROGRAM INFAQ FOOD @ PUSAT ISLAM & KAMSIS
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 361
7.12.2023 - Program Infaq Food @Pusat Islam & Kamsis
PSMZA melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Program Infaq Food @Pusat Islam/Kamsis untuk meringankan belanja makan para pelajar yang berada di kampus Politeknik ini. Ia telah dilancarkan pada 6 Disember 2023 oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin bagi mewakili Puan Pengarah. Program ini akan diadakan secara berterusan walaupun dalam kuantiti yang sederhana namun sangat membantu meringankan beban kewangan para pelajar. Program ini adalah hasil kerjasama Bank Rakyat Cawangan Dungun. Diharapkan dengan adanya bantuan seperti ini dapat membantu meningkatkan lagi prestasi akademik para pelajar terutama dalam masa sekarang ini di mana para pelajar sedang dalam persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang bakal ditempuhi bermula 16 Disember nanti.
#ukkpsmza #psmza #polycc #mypolycc #bankrakyatdungun #foodbank #infaqfood #jheppsmza Anwar Ibrahim DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN Ketua Pengarah JPPKK Zamra Derahman Kementerian Pendidikan Tinggi Politeknik.kolejkomuniti Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar KSU Kementerian Pengajian Tinggi Unit Komunikasi Korporat PSMZA @highlight @followers