Unit Peperiksaan
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 2234
PENGENALAN
Unit Peperiksaan merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik dan Pengarah Politeknik. Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penyelarasan dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan serta penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan. Unit ini diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan terutamanya kepada pelajar. Selain dari fungsi utamanya mengeluarkan keputusan penilaian kepada pelajar hasil dari keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.
Selain dari itu, unit ini juga bertanggungjawab mengeluarkan Sijil kepada pelajar yang telah tamat dan pelajar yang telah lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Penganugerahan Sijil /Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi. Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Ketua Unit dan 2 orang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Sektor Pengurusan Politeknik dan dibantu oleh beberapa Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang dilantik dari setiap dari Jabatan Akademik. Ianya turut juga mempunyai seorang Pembantu Am Pejabat dan seorang Pembantu Tadbir yang membantu dalam kerja kerja pengkeranian di unit. Segala urusan yang berkaitan dengan penilaian dan juga peperiksaan pelajar diselaraskan oleh unit ini.

VISI
Satu Unit Yang Melaksanakan Segala Urusan Dan Aktiviti Peperiksaan Secara Profesional, Berintegriti Dan Berkredebiliti Kepada Pelanggan Selari Dengan Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Kptm.
MISI
Membangun Dan Mengurus Sistem Pentadbiran Yang Berkesan Dan Komited Ke Arah Kecekapan Dan Kecemerlangan Kerja.
OBJEKTIF
Menjadi unit yang dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelangan dengan:
-
Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
-
Mudah capaian
-
Selamat & boleh dipercayai.
-
Penyimpanan maklumat proses penilaian dan peperiksaan pelajar
-
Memastikan ciri ciri keselamatan urusan peperiksaan
-
Menguruskan hal hal mengenai penganugerahan