PENGENALAN

        Unit Pengurusan Psikologi adalah sebuah unit yang terdapat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan pelajar di mana Unit Pengurusan Psikologi akan sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing pelajar mengatasi cabaran hidup yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharian.





MISI

         Unit Pengurusan Psikologi PSMZA Beriltizam untuk memberi perkhidmatan cemerlang ke arah penyuburan, pembangunan, pencegahan dan pemulihan pelajar, seiring dengan perkembangan akademik dan sahsiah.



VISI

       Unit Pengurusan Psikologi Berazam untuk menjadi unit pembimbing, pendorong dan pemandu pelajar ke arah pencapaian matlamat dengan penuh komitmen dan tanggungjawab selari dengan visi PSMZA.


PIAGAM PELANGGAN

Sentiasa berusaha memberikan layanan, bimbingan, dan panduan sebaik mungkin sepanjang masa.
 


Jadual Perkhidmatan
Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

Pegawai Psikologi terlibat :-

1) Puan Nur Hidayah Binti Ibrahim
2) Encik Mohd Hasril Bin Hashim
3) Cik Nik Nor Raihan binti Md. Daud

Nombor Yang Boleh Dihubungi: 09-8403099


** Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telahmenyediakan Link Rujukan Kaunseling yang bertujuan untuk memudahkan Ketua Jabatan / Penasihat Akademik / Pensyarah bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di Unit Pengurusan Psikologi PSMZA

Berikut disediakan Link Rujukan Kaunseling:

http://tinyurl.com/RUJUKAN-KAUNSELING

Semoga warga PSMZA berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.