Unit Khidmat Pengurusan
- Details
- Zuliana Bt Jusoh
- Hits: 1328
PENGENALAN
Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti Politeknik serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan. Ia juga berfungsi dalam mengawal dan menguruskan perbelanjaan mengurus dan pembangunan mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan setiap masa.
VISI
- Unit Pentadbiran bertekad menjadi pusat informasi serba lengkap dan efisien dalam segala urusan perjawatan, perkhidmatan dan pentadbiran serta pemangkin kepada usaha politeknik mencapai misi dan visinya menjelang tahun 2013.
- Unit Kewangan berazam menjadi unit Kewangan terunggul, berhemah dan professional seterusnya melaksanakan amalan pengurusan kewangan terbaik
MISI
- Unit Pentadbiran - Mewujudkan Sistem Urus Tadbir Yang Efektif, Sistematik dan Berkesan .
- Unit Kewangan - Mengendalikan Khidmat Pengurusan Kewangan Yang Cekap, Cepat, Amanah dan Bertanggungjawab selaras dengan Objektif dan Misi PSMZA.
OBJEKTIF PENTADBIRAN
-
Untuk membangunkan sistem pengurusan pentadbiran berkualiti, cekap dan berkesan dalam hal ehwal perjawatan staf meliputi proses pelantikan pertama sehinggalah ke tarikh persaraan serta pengemaskinian Data Maklumat Staf dengan tepat dan lengkap.
-
Untuk mengurus tadbir dengan berkemahiran segala urusan pentadbiran am meliputi urusan Sistem Fail, Surat Menyurat , Pengendalian Mesyuarat, Penilaian Prestasi, Anugerah Khidmat Cemerlang, Kenaikan Pangkat dan Pergerakan Gaji.
-
Untuk menyediakan persekitaran kerja dan kemudahan prasarana terbaik dan kondusif, selesa dan selamat untuk dinikmati oleh semua warganya.
-
Untuk merancang dan melaksanakan kursus yang bersesuaian untuk menaikkan tahap profesionalisma modal insannya yang berada di Unit agar memiliki minda kelas pertama, berkemampuan melaksana tugas dengan cemerlang seterusnya mengekalkan prestasi terbaik setiap masa dan layak diberi pengiktirafan dan penganugerahan di peringkat politeknik juga Kementerian.
KEWANGAN
- Untuk menjana pembangunan daya urus kewangan yang cekap, tepat, teliti dan berkualiti dalam segala aspek pengurusan kewangan dan perakaunan.
- Untuk melaksanakan pembayaran atas semua perkhidmatan dan bekalan secara sistematik melalui Sistem e-SPKB dan e-Perolehan.
- Untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, cekap dan jujur dalam menyelesaikan pelbagai bayaran dan kutipan secara tepat mengikut masa yang ditetapkan.
MOTO
Pengurusan Efisien Nadi Terunggul & Kecekapan Pengurusan Efektif Melahirkan Wawasan Cemerlang
- P = Pengurusan
- K = Kecekapan Pengurusan
- E = Efisien
- E = Efektif Melahirkan
- N = Nadi
- W = Wawasan Cemerlang
- T = Terunggul
DASAR KUALITI
Mengamalkan dan Mematuhi Segala Prosedur Kualiti Yang Diluluskan
PIAGAM PELANGGAN
Unit Pentadbiran dan Kewangan berazam untuk memastikan supaya:-
- Urusan perkhidmatan dan perjawatan staf berjaya diselesaikan mengikut kehendak dari pihak pengurusan politeknik dan KPTM
- Urusan pentadbiran am diurus dengan mesra pelanggan
- Segala aduan pelanggan dilayan dengan sebaiknya dan cepat
- Tidak berlaku keciciran dalam proses Kenaikan Pangkat
- Tiada staf yang dinafikan haknya untuk menerima kenaikan gaji tahunan
- Pemberian markah prestasi yang adil, telus dan seimbang.
- Segala urusan kewangan diselenggarakan dengan sebaiknya
- Perakaunan dilaksanakan mengikut kaedah yang terkini
- Tiada staf yang dinafikan haknya untuk menerima gaji setiap bulan
- Semua proses pembayaran diusahakan selesai dalam tempoh singkat.
WAKTU OPERASI
Waktu berurusan rasmi di kedua-dua unit adalah dari:-
jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.