Jabatan Pengajian Am
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 3333
PENGENALAN
Jabatan Pengajian Am (JPA) telah mula beroperasi secara rasmi di Kampus Utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 8 Oktober 2001. Pada peringkat awal penubuhannya, jabatan ini diterajui oleh seorang pensyarah sahaja. Kini, JPA telah berkembang dengan mempunyai seramai 30 orang kakitangan tetap, diketuai oleh Ketua Jabatan Pengajian Am, dibantu oleh seorang Penolong Ketua Jabatan, dua orang Ketua Kursus, serta seorang staf pelaksana (sokongan akademik).
Di bawah Ketua Kursus Pengajian Islam, terdapat seramai 15 orang pensyarah yang mengajar kursus-kursus pengajian umum. Manakala, di bawah Ketua Kursus Bahasa Inggeris, seramai 11 orang pensyarah bertanggungjawab mengendalikan pengajaran kursus Technical English, English for Digital Technology dan Communicative English.
Jabatan ini beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Tingkat atas bangunan menempatkan pejabat pengurusan jabatan, manakala tingkat bawah menempatkan tiga buah Bilik Kuliah Pengajian Am (BKPA), yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 40 orang pelajar pada satu-satu masa.
Dengan kemudahan prasarana yang lengkap serta sokongan tenaga kerja yang berdedikasi, Jabatan Pengajian Am komited untuk terus unggul dan menyumbang ke arah pencapaian visi serta misi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai sebuah pusat pendidikan TVET yang berkualiti.
VISI
Menjadi jabatan cemerlang dan melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan bertanggunggjawab menjelang tahun 2030.
MISI
Jabatan Pengajian Am komited menyediakan graduan berkualiti yang bersakhsiah luhur, berketrampilan dan berkebolehan berbahasa melalui pengurusan strategik dan tadbir urus terbaik berlandaskan jaminan kualiti berterusan.
OBJEKTIF
- Melahirkan graduan yang berkualiti dan berketrampilan serta mampu memenuhi pasaran semasa.
- Membentuk graduan yang mantap dari sudut emosi, rohani, intelektual serta memiliki akhlak yang mulia.
- Meningkatkan penguasaan dan kebolehan berbahasa agar mampu bersaing di peringkat global.