Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan
- Details
- Zuliana Bt Jusoh
- Hits: 1321
PENGENALAN
Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) merupakan salah satu unit yang telah diwujudkan semenjak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ditubuhkan.
Peranan :
-
Melaksanakan kursus kokurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran.
-
Memberi latihan kepada warga PSMZA berkaitan aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
-
Menganjurkan aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan di PSMZA
-
Menjadikan PSMZA sebagai pusat kecemerlangan sukan, kokurikulum &politeknik.
-
Mengimbangi sahsiah pelajar dari segi rohani, jasmani, fizikal dan intelektual
VISI
Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan berazam akan bersama-sama memperkasakan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif bagi menjadi pelajar warganegara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
MISI
Misi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan adalah bersama-sama dalam menyumbang melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan dan jati diri serta berkelakuan ke arah semangat kenegaraan dan perpaduan yang jitu.
OBJEKTIF
Melaksanakan program pendidikan kokurikulum yang tidak melebihi 3 semester bagi setiap modul kepada semua pelajar politeknik. Menyelaras segala aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar politeknik. Sekurang-kurangnya 90 % pelajar lulus modul di setiap semester.