MAJLIS PELUNCURAN RANCANGAN HALA TUJU TRANSFORMASI POLITEKNIK 2023-2030
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 215
4 Disember 2023
Automotive Technology Centre -ATeC- COT PSMZA antara 12 COT Politeknik Malaysia yang telah menyertai pameran COT sempena Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi yang juga selaku Pengerusi Majlis TVET Negara di PICC Putrajaya.
Pada pameran tersebut ATeC mengetengahkan 3 teknologi yang diterajui iaitu Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Kenderaan Hibrid/Elektrik, Teknologi Elektro Mekanikal Mesin Berputar(Electro-Mechanical Rotating Machine) dan Teknologi Pemprosesan dan Pengujian Bahan Api Alternatif.
Sebelum majlis bermula, TPM bersama Dato' Seri Mohamed Khalid Bin Nordin, Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu diiringi Ketua Pengarah JPPKK Dr. Haji Mohd Zahari Bin Ismail terlebih dahulu melawat reruai COT dan TPM sempat singgah ke reruai ATeC dan telah diberi penerangan ringkas berkenaan teknologi yang di terajui oleh COT ATeC . Turut hadir ke majlis tersebut Pengarah PSMZA, Pn. Hajah Zamra Binti Derahman.