PENGENALAN


           Unit Teknologi Maklumat (UTM) ditubuhkan untuk menjaga prasarana ICT politeknik, rangkaian internet dan intranet, aplikasi dalaman serta aplikasi eGovernment, pengurusan laman web rasmi dan semua urusan berkaitan aset ICT kerajaan di politeknik .
           
            Ia diketuai oleh Ketua Unit dan dibantu oleh 6 orang staf yang komited dan berpengalaman. Unit ini bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan proses penyenggaraan pencegahan secara berkala dan penyenggaraan pembaikan bagi semua asset ICT kerajaan di politeknik





VISI

         Mengukuhkan kemudahan ICT, selari dengan teknologi terkini dalam memenuhi keperluan warga PSMZA.


MISI

        Mengukuhkan, mengoptimumkan dan menguruskan sumber ICT PSMZA dengan cekap dan sistematik bagi memastikan setiap operasi berjalan lancar.



OBJEKTIF

 Objektif UTM adalah seperti berikut :
  • Membuat pembangunan sistem aplikasi dalaman dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
  • Pembangunan dan penyelenggaraan laman web rasmi.
  • Penyelenggaraan peralatan komputer.
  • Pentadbiran server dan sistem rangkaian kampus.
  • Menguruskan perolehan infrastruktur rangkaian ICT.