Unit Pengurusan Aset & Inventori (UPAI)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 1379
PENGENALAN
Unit Pengurusan Aset Dan Inventori (UPAI) ditubuhkan untuk menjaga dan menyelia Aset alih, Stor dan Logistik politeknik.
Ia diketuai oleh Ketua Unit dan dibantu oleh 4 orang staf dan 7 orang pemandu yang komited dan berpengalaman. Unit ini bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan proses berkenaan aset alih, stor dan logistik di politeknik berjalan lancar
VISI
Pengurusan Aset Yang Bersistematik, Cekap dan Berkualiti
MISI
- Menyelenggara aset Politeknik secara menyeluruh demi keselesaan pelajar dan warga pensyarah.
- Memastikan kemudahan aset politeknik mencapai piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi.
- Menjamin kualiti penyediaan aset politeknik yang bertaraf antarabangsa.
OBJEKTIF
- Merancang dan mengurus program/aktiviti pengurusan aset milik Kementerian selaras dengan dasar-dasar yang sedang berkuat kuasa.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan penyelenggaraan aset milik Kementerian Pengajian Tinggi secara menyeluruh bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
- Merancang, menyelaras dan memastikan aset alih Kerajaan milik Kementerian Pengajian Tinggi dapat diurus dengan terselaras dan berkesan.
FUNGSI UTAMA
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti penyelenggaraan dan pengurusan aset alih Kementerian Pengajian Tinggi.