Unit Perhubungan & Latihan Industri
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 1936
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) diberi mandat sebagai unit peneraju dalam menguruskan pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI). Diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), fungsi utama UPLI adalah menguruskan kursus Latihan Industri (LI) DUT 600610 bagi program-program kejuruteran yang membawa 10 jam kredit . Manakala program selain kejuruteraan dengan kod kursus DUT 60019 akan membawa 9 jam kredit dengan tempoh latihan selama 20 Minggu di industri. Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menempatkan pelajar di industri, memantau dan menilai kursus LI - DUT 600610 dan DUT 60019 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu.
UPLI diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri dibantu oleh 2 orang Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (LI), dan pembantu tadbir. Pengurusan UPLI turut dibantu oleh penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ). Kursus Latihan Industri (LI) – DUT 600610 dan DUT 60019 adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar. Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di institusi ke dalam industri. Melalui latihan industri juga pelajar dapat menerapkan kemahiran berkomunikasi dengan efektif bersama pihak atasan dan rakan sekerja di industri, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme, dan etika yang tinggi, serta mematuhi dasar dan prosedur yang ditetapkan oleh organisasi.
VISI
Penyumbang yang signifikan dalam merealisasikan politeknik sebagai institusi TVET dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat
MISI
Menguruskan Latihan Industri Pelajar Secara Professional, Sistematik Dan Berkesan Dalam Usaha Melahirkan Graduat Yang Kompetetif, Inovatif Dan Kreatif.
OBJEKTIF
MenguruskanUPLI Berfungsi Menguruskan Pendaftaran, Penempatan, Pemantauan Dan Penilaian Latihan Industri Pelajar.