MAJLIS PERASMIAN PENUTUP STUDENT'S PROJECT COMPETITION ON INNOVATION AND INVENTION DESIGN (SPEED)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 394
6.12.2023 - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP STUDENT'S PROJECT COMPETITION ON INNOVATION AND INVENTION DESIGN (SPEED)
Program SPEED merupakan program tahunan buat pelajar tahun akhir bagi mengetengahkan hasil inovasi projek yang dihasilkan untuk dinilai oleh panel penilai berpengalaman dari industri. Pameran projek pelajar yang berlangsung selama dua hari bermula 5 Disember 2023 turut membuka ruang buat para pelajar sekolah menengah di sekitar Dungun untuk melihat projek yang berjaya dihasilkan disamping mempromosikan kemasukan pelajar ke Politeknik ini.
Sebanyak sembilan (9) anugerah telah disampaikan yang terdiri daripada 4 Anugerah IR4.0 dari setiap jabatan (JKE, JKM, JKA, JTMK), Jury Special Award, Champion, 1st Runner Up, 2nd Runner Up dan Director Special Award.
Jabatan Kejuruteraan Eletrik telah dinobatkan sebagai penerima Director Special Award yang disampaikan oleh YBrs. Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA.
Majlis tersebut dirasmikan oleh YBrs. Dr. Riam A/P Chau Mai, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan dihadiri Timbalan Pengarah PPI, JPPKK, barisan pengurusan PSMZA, panel-panel penilai industri juga jemputan dari Majlis Perbandaran Dungun dan Jabatan Kerja Raya, Dungun.