Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UPIM)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 1457
PENGENALAN
Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia (UPIM) ditubuhkan sebagai unit sokongan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan audio visual bagi keperluan warga PSMZA sama ada untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran atau sebarang aktiviti yang melibatkan PSMZA.
Unit ini juga berfungsi membantu para pensyarah mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran serta membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di PSMZA.
VISI
MENJADI UNIT YANG MEMBANTU DALAM PENINGKATAN PROSES P&P SECARA DINAMIK
MISI
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AUDIO VISUAL YANG EFISYEN BAGI PROSES P&P DAN AKTIVITI PSMZA
OBJEKTIF
- Mewujudkan perancangan program pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi multimedia.
- Membantu para pensyarah dalam menggunakan teknologi multimedia sekaligus menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
- Membantu pensyarah dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif.
- Membangunkan kemahiran teknikal dan bukan teknikal penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.
- Menyediakan video dan grafik untuk tujuan promosi, kolaborasi dan latihan mengikut keperluan PSMZA
- Membuat rakaman kepada program dan aktiviti yang dilangsungkan di peringkat politeknik.
- Menyediakan bahan multimedia bagi aktiviti akademik di Politeknik Melaka.
- Membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional JPP
- Menjayakan kaedah-kaedah dokumentasi dan pengarkiban bahan pengajaran, pembelajaran dan audio visual
- Mengadakan dan menguruskan sistem audio visual yang di bawah seliaan UPIM