3.2.2024 - Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat & Bersekutu RELA
Majlis tersebut telah diadakan di Akademik Latihan RELA Malaysia, Sungai Udang Melaka pada 3 Februari 2023. Ia telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Terdahulu pada itu, turut diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Induksi Pegawai RELA Tahun 2023.
Dalam majlis tersebut, Pengarah PSMZA, YBrs Hajah Zamra Derahman telah menerima pangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (PPJKR) Bersekutu. Tahniah di atas penganugerahan tersebut.
Hadir sama ialah YBhg Datuk Yahya Sulaiman, Ketua Pengarah RELA Malaysia dan YBrs Dr Hj Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.