31.1.2024 - Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) PSMZA
Telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman bertempat di Dewan Kuliah Utama, PSMZA.
PSMZA telah menerima pelajar baharu bagi sesi pengajian II 2023/2024 seramai 67 orang pada 28 Januari lalu. Pelajar-pelajar baharu telah menjalani MTS selama tiga hari sebagai satu sesi 'memperkenalkan' PSMZA kepada warga baharu.
Dalam ucapan perasmian puan Pengarah, beliau mengucapkan selamat datang dan sekalung tahniah kerana telah menjadi warga PSMZA. Beliau juga turut berpesan untuk menjaga keharmonian di PSMZA ini.
PSMZA masih lagi membuka peluang kepada anak-anak pelajar selepas SPM di luar sana untuk datang mendaftarkan diri belajar di PSMZA secara walk-in. Boleh datang terus berurusan dengan pegawai di Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEP) PSMZA.
Turut hadir majlis petang ini ialah Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik serta barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan PSMZA.
Tahniah dan selamat belajar !!!