4.2.2024 - Kunjungan dan Perbincangan Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Negeri Terengganu
SSM Cawangan Negeri Terengganu yang diketuai Encik Rafiza bin Md Derani, Pengarah SSM Negeri telah mengadakan kunjungan ke PSMZA bagi tujuan mengukuhkan lagi hubungan kolaborasi yang sedia terjalin disamping memberi maklumat dan mempromosikan skim pendaftaran perniagaan percuma kepada pelajar.
Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA menyambut baik inisiatif yang diuar-uarkan dan berharap agar PSMZA dapat melahirkan lebih ramai graduan bermindakan usahawan dan membudayakan keusahawanan dalam kalangan warga PSMZA sendiri.