LAWATAN KERJA COT ATeC PSMZA KE MILI TECH SDN BHD
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 372
Lawatan Kerja COT ATeC PSMZA ke Mili Tech Sdn Bhd
Lawatan kerja ke Mili Tech Sdn Bhd atau dikenali juga Mili EV Hybrid yang terletak di Kajang ini merupakan kesinambungan dari aktiviti rakan kolaborasi strategik Automotive Technology Centre -ATeC- COT PSMZA yang telah sedia terjalin semenjak menandatangani COC pada tahun 2022.
Dalam lawatan tersebut beberapa perkara penting telah dibincangkan dalam usaha untuk menjadikan COT ATeC sebagai Pusat EV Hibrid yang bertauliah di zon pantai Timur. Antara yang dibincangkan adalah:
1. Pembangunan modul latihan EV Hibrid
2. Latihan staf
3. Latihan industri pelajar
4. Lawatan/kursus EV ke negara China
5. Penganjuran kursus/PSH kepada peserta/pemilik bengkel kereta di Pantai Timur
6. Industri on campus (IOC) Penyelenggaraan bateri hibrid EV di PSMZA
7. Pembangunan pusat hibrid EV di PSMZA
Hasil perbincangan tersebut, pihak Mili Tech Sdn Bhd yang di ketuai Pengarah syarikat iaitu En Mohd Farid Bin Abd Manaf amat bersetuju dan menyokong cadangan dan hasrat kerjasama tersebut. Langkah seterusnya untuk melaksana rancangan tersebut akan diteliti dan diperincikan bersama dalam sesi pertemuan seterusnya.
Semoga dengan kerjasama ini akan dapat merealisasikan COT ATeC PSMZA sebagai Pusat Kejuruteraan Automotif Elektrik dan Hibrid yang bertauliah di zon pantai timur.