>>> Rayuan Keputusan Peperiksaan Sesi II : 2023/2024 (PSMZA)

A. Terdapat 2 kategori Rayuan
1. Rayuan Ke atas Keputusan Penilaian (cth. Gagal Berhenti). Bayaran yang dikenakan adalah RM50.00 bagi setiap rayuan.
2. Rayuan Semakan Semula Skrip Jawapan. Rayuan boleh dibuat bagi kursus yang mempunyai
Peperiksaan/Penilaian Akhir. Bayaran yang dikenakan adalah RM25.00 bagi setiap kursus.


B. Langkah-langkah yang perlu dibuat oleh pelajar :-
1. Buat Surat Rasmi Permohonan Rayuan
2. Cetak Salinan Keputusan Peperiksaan Sesi II : 2023/2024
3. Bawa perkara 1 dan 2 ke Unit Peperiksaan (Upep) PSMZA untuk diminitkan jumlah bayaran yang akan dikenakan.
4. Membuat pembayaran secara tunai di kaunter Unit Kewangan PSMZA mengikut kategori permohonan rayuan. Unit kewangan akan mengeluarkan Resit Rasmi bayaran.
5. Bawa perkara 1, 2 & 4 ke Upep PSMZA selewat-lewatnya pada 18/07/2024 untuk proses seterusnya.


Tarikh keputusan rasmi rayuan adalah pada 29/07/2024 melalui SPMP dan pemakluman melalui surat rasmi oleh UPep PSMZA. Pelajar boleh berbincang/meminta bantuan Penasihat Akademik berkaitan bayaran yang perlu dibuat di Unit Kewangan PSMZA jika tidak dapat hadir ke PSMZA disebabkan lokasi rumah yang jauh.