PROGRAM LITERASI KEWANGAN AKPK DAN JPPKK: MALAYSIA BOOK OF RECORD (MBOR)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 499
20.3.2023 - PROGRAM LITERASI KEWANGAN AKPK DAN JPPKK: MALAYSIA BOOK OF RECORD (MBOR)
Unit Keusahawanan PSMZA telah berjaya melaksanakan Program Literasi Kewangan AKPK dan JPPKK: Malaysian Book of Record (MBOR) sempena Global Money Week 2023 bertempat di Pusat Islam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Program ini telah berjaya disertai oleh seramai 1417 orang pelajar PSMZA, melepasi daripada 1200 orang sasaran penyertaan yang ditetapkan oleh pihak JPPKK. Tahniah PSMZA!
Pn. Junainah binti Ahmad Esa dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Terengganu telah hadir sebagai penceramah untuk menjayakan Program Literasi Kewangan di PSMZA.
Program ini juga telah melakar sejarah Program Literasi Kewangan pertama yang melibatkan penyertaan tertinggi dan serentak di seluruh negara dalam MBOR kerana ia berjaya dilaksanakan secara serentak di semua 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan jumlah penyertaan seramai 38,847 orang peserta.
Terima kasih kepada pelajar dan staf yang hadir menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini akan menghasilkan lebih banyak kolaborasi dan kerjasama strategik di masa akan datang.