5.2.2024 - Majlis Taklimat Pemangkuan DH44 dan DH48
Majlis taklimat bagi pemangkuan ke gred DH44 dan DH48 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama yang dipengerusikan oleh Ts.Mohyiddin bin Salleh, Timbalan Pengarah (Akademik), PSMZA.
Seramai 37 orang pegawai telah berjaya dalam urusan kenaikan pangkat dan telah melaporkan diri pada 5 Februari 2024. Semoga momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin semangat buat warga yang lain untuk sama-sama memacu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
"PSMZA Melangkah Ke Era Baharu"