5.2.2024 - Kunjungan Hormat Pengurusan PSMZA Ke Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) & Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)
Delegasi pengurusan PSMZA yang diketuai Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA telah mengadakan kunjungan ke INSTEP dan TESDEC bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh diadakan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan di PSMZA.
Pihak pengurusan telah disambut baik oleh Tuan Haji Idris bin Ibrahim, CEO INSTEP dan sempat dibawa meninjau fasiliti serta diberi penerangan berkaitan pelaksanaan program-program yang ditawarkan.
Kunjungan ke TESDEC pula telah disambut oleh Encik Mohd Iskandar bin Muhammad Aziz, CEO TESDEC.
"PSMZA Melangkah Ke Era Baharu"