23.10.2023 – Majlis Perasmian Pembukaan Vibrant ICT Exploration 2023 (VICTEX’23)
Telah berlangsung program tersebut bertempat di Dewan Dagang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman. Tetamu jemputan khas yang hadir ialah Encik Yaswadi Mat Yasim, Timbalan Pengarah, Unit Pembangunan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK.
Turut hadir ialah panel forum dari industri dan alumni JTMK, Encik Nik Hishamuddin Nik Yusoff, Head of Tertiary, Talent & Capability, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC), Technologist Nor Faiz Muhammad Noor, Pengarah Urusan Bintara Solutions Sdn Bhd., Technologist Jamal Abdul Naseer Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif SAE Malaysia Sdn Bhd., Encik Muhd Nurfakhrullah Abd Walid dan Encik Azizul Hakim Hassan, alumni JTMK.
VICTEX merupakan program tahunan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dirancang di bawah Teras 1 : Menghasilkan graduan TVET yang berkualiti dan Teras 5 : Memperkukuhkan kolaborasi industri dan komuniti Pelan Transformasi Pendidikan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 2021-2025.
Program ini berlangsung pada 8 – 26 Oktober 2023 bermula dengan aktiviti TikTok Influencer dan diikuti dengan Tiktok Challenge, International E-Quiz, Industrial Talk Forum, Alumni Sharing Knowledge, Corporate Social Responsibility, PDTI International Sharing Knowledge (Webinar) dan E-sport.
VICTEX’23 disertai oleh pelajar PSMZA, pelajar dari politeknik dan kolej komuniti di sekitar Terengganu, Institusi pendidikan lain yang berada negeri Terengganu serta jemputan politeknik lain yang berstatus Premier Digital Tech Institution (PDTI) MDEC dan peserta dari Politeknik Padang, Universitas Ibnu Sina Batam dan Kolej Pattani Thailand. Program ini dalam masa yang sama turut melibatkan jemputan komuniti masyarakat di sekitar daerah Dungun.