26.10.2023 - CSR TVET: Cakna dan Kasih Komuniti
Automotive Technology Centre (ATeC) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah mengadakan Program Khidmat Komuniti, CSR TVET: Cakna dan Kasih Komuniti bertempat di Masjid Kampung Nyior, Paka, Terengganu.
Program ini dijalankan kerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Nyior Masjid Kampung Nyior, yang diketuai Ustaz Ahmad Busra bin Muda (Pengerusi JPKK Kampung Nyior) dan Haji Che Aziz bin Che Noh (Imam Masjid Kampung Nyior). Program ini disertai oleh 25 orang pelajar dan 70 orang pensyarah JKM, PSMZA. Program dirasmikan oleh Ts. Mohyiddin bin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA.
Dalam program ini sebanyak 30 buah motosikal dan 5 buah kereta telah diselenggara melibatkan penukaran minyak enjin, penapis minyak dan palam pencucuh serta penyelenggaran brek, rantai gegancu dan penapis udara. Van jenazah masjid juga sempat diselenggara dan dicuci oleh jawatankuasa yang terlibat.
Selain itu ada juga jawatankuasa yang terlibat untuk melakukan pembersihan menyeluruh di dalam dan persekitaran masjid. Ini melibatkan pembersihan permaidani, kipas, cermin, tandas, penyelenggaraan penyaman udara, dan pemotongan rumput.
Pada masa yang sama, sebanyak 11 bakul makanan telah disumbangkan kepada asnaf komuniti JPKK Kampung Nyior.
Melalui program ini ia dapat merapatkan hubungan antara komuniti setempat dengan warga PSMZA. Selain daripada masyarakat mendapat manfaat terus, PSMZA juga dapat meningkatkan kredebiliti di mata masyarakat dengan menyumbang khidmat kepakaran ATeC dalam menservis kenderaan serta memperkasakan kecemerlangan TVET.