LAMAN WEB POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

DIPLOMA

9

STAF

396

PELAJAR

2078

GRADUAN

25479

                                 
                                 
                       
                                 

 

KERATAN AKHBAR

     
             
             
             
       
             
             
         

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat (UKK) PSMZA merupakan satu unit yang bertanggungjawab merancang dan mengurus bahan-bahan penerbitan PSMZA sebagai sumber maklumat seperti video korporat, buletin akhbar dan majalah dan lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan publisiti. Bertindak sebagai ‘lidah rasmi’ kepada PSMZA dalam penyampaian dan penyaluran maklumat. Di samping merancang dan mengurus imej PSMZA serta melaksanakan promosi melalui strategi perhubungan awam yang teratur dengan aktiviti promosi dan publisiti program pengajian di PSMZA. Selain itu, UKK juga menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media (press conference), menyediakan kenyataan akhbar (press media), siaran media dan temu bual khas media cetak dan elektronik. Di samping itu, ia bertindak menyelaras maklum balas aduan dan perkara-perkara berkaitan integriti dan inspektorat dalaman.

 

VISI


Menyalurkan maklumat dan melaksanakan promosi bagi mengukuhkan imej korporat PSMZA

 

MISI


- Merancang dan melaksanakan promosi PSMZA melalui strategi perhubungan awam yang teratur
- Merancang strategi media dalam penyebaran maklumat yang berkesan
- Memantau dan menyelaras maklum balas aduan dan urusan berkaitan pelanggan

 

 

 

PENGENALAN

Secara amnya, Unit Pengurusan Asrama (UPA) ditubuhkan untuk menjaga segala kemudahan asas dan infrastruktur yang ada di Kolej Kediaman, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.  Ketua Unit Pengurusan Asrama dikenali sebagai Penolong Pegawai Tadbir dan dibantu oleh 8 orang staf yang komited dan prihatin termasuk seorang Penolong Pegawai Perubatan untuk merawat kesihatan pelajar dan staf di PSMZA.

 Unit ini bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar ke bilik penginapan dan melaksanakan segala tugas berkaitan hal ehwal Kolej Kediaman dan kebajikan pelajar.  UPA  juga bertanggungjawab mengurus segala kelengkapan yang diperlukan bagi setiap bilik di Kolej Kediaman PSMZA.  Kemudahan asas yang disediakan di bilik pelajar adalah katil, tilam, meja belajar, kerusi, lampu, almari pakaian, langsir dan kipas.  Manakala di setiap aras bangunan mempunyai bilik air dan tandas.  PSMZA juga menyediakan Kafeteria, Mini Koperasi, Pusat Islam dan Bilik Rekreasi.

 

 

VISI

Menjadikan Kolej Kediaman sebagai pusat penginapan yang kondusif dalam melahirkan pelajar yang efision dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

 

MISI

Berusaha bersama mewujudkan suasana asrama yang selamat, tenteram dan selesa sebagai tempat tinggal dan tempat belajar yang harmoni.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan tempat penginapan yang selesa dan selamat kepada para pelajar.
  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan dan cemerlang.
  3. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan.
  4. Memastikan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

 

Unit Pengurusan Asrama mempunyai 9 orang kakitangan sebagaimana berikut :

1).      Penolong Pegawai Tadbir N6 – 1 orang

2).      Penolong Jurutera JA5 – 2 orang

3).      Penolong Pegawai Perubatan U5 – 1 orang

4.)      Pembantu Tadbir  (P/O) N2 – 1 orang

5).      Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) - 4 orang

 

Kolej Kediaman PSMZA mempunyai 3 blok induk iaitu :

1).      Blok P

Untuk Penghuni Perempuan sahaja

-    Biasa 212 bilik x 2 orang                      = 424 orang

-    Bilik extra 16 bilik x 2 orang                =  32 orang

-    Bilik extra 4 bilik x 1 orang                   =    4 orang

-    Dorm – 7 dorm                                         =  42 orang

-    Jumlah                                                        = 502 orang

 2).      Blok D

Untuk Penghuni Lelaki sahaja

  • Bilik Biasa 212 bilik x 2 orang = 424 orang

-    Bilik extra 12 bilik x 2 orang                =  24 orang

-    Bilik extra 4 bilik x 1 orang                   =    4 orang

-    Dorm – 3 bilik x 6 orang                        =  18 orang

-    Jumlah                                                        = 470 orang

 

3).      Blok T

Untuk penghuni lelaki sahaja

-    Bilik Biasa 212 bilik x 2 orang            = 424 orang

-    Bilik extra 12 bilik x 2 orang               =   24 orang

-    Bilik extra 4 bilik x 1 orang                  =     4 orang

-    Dorm – 1 bilik x 5 orang                       =     5 orang

-    Dorm – 1 bilik x 4 orang                       =     4 orang

                   -    Jumlah                                                       = 461 orang

 

                                      Kapasiti        = 1433 orang

 

PENGENALAN

  Unit Jaminan Kualiti mula ditubuhkan pada Julai 2007 untuk mengisi tempat perjawatan baru iaitu Pegawai Pengurusan Kualiti. Unit Jaminan Kualiti telah ditempatkan di bangunan Induk Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin bersebelahan dengan Unit Keusahawanan.

Unit Jaminan Kualiti merupakan salah satu unit di bawah Pengurusan Akademik PSMZA. Unit ini dikenali sebagai Unit Pengurusan Kualiti kerana fungsi utamanya adalah untuk menguruskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PSMZA.

Seiring dengan agenda transformasi negara, unit ini telah diberi kepercayaan oleh Pengarah PSMZA untuk menyelaraskan Program Akreditasi daripada Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) bagi program kejuruteraan dan Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) bagi program teknologi.

  

        OBJEKTIF UNIT JAMINAN KUALITI

  1. Menyelaras semua pengurusan kualiti di PSMZA.
  2. Memastikan kawalan dokumen dilakukan.
  3. Mengawal segala dokumen dalaman dan dokumen luaran.
  4. Menerima segala pindaan prosedur yang dicadangkan serta diketengahkan dan seterusnya pindaan dilakukan mengikut keperluan.
  5. Bertanggungjawab menggerakkan Ahli Jawatankuasa Urusetia Sistem Pengurusan Kualiti menjalankan tugas-tugas.
  6. Bertanggungjawab menggerakkan Jawatankuasa Kerja Kualiti dalam membincangkan segala isu berkaitan kualiti di PSMZA.
  7. Memastikan pelaksanaan Audit Dalaman dijalankan dalam memastikan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang dijalankan memenuhi keperluan ISO 9001:2015.
  8. Menyelaras semua penggunaan borang-borang berkaitan ISO 9001:2015
  9. Menyelaras penyediaan Fail Rekod Pensyarah untuk digunakan dalam proses PdP.
  10. Memastikan aduan pelanggan diambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kepuasan pelanggan dijaga.
  11. Memastikan Kajian Semula Pengurusan dijalankan untuk membincangkan penemuan-penemuan ketidakpatuhan dan penilaian prestasi objektif jabatan dan unit-unit tercapai atau memerlukan penambahbaikan.
  12. Menyelaraskan semua perkara berkaitan kualiti.

 

      FUNGSI UTAMA KHUSUS

  1. Kawalan Dokumen Kualiti
  2. Pengurusan Rekod Kualiti

 

  • AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA KHUSUS           

        Kawalan Dokumen Kualiti

  1. Urusan Penyediaan Prosedur Kualiti
  2. Urusan Pindaan Manual Kualiti Dan Prosedur Kualiti
  3. Urusan Edaran Dokumen Kualiti
  4. Urusan Kawalan Dokumen Luaran
  5. Urusan Sistem Pengkodan Borang Kualiti

       Pengurusan Rekod Kualiti

  1. Urusan Penyediaan Senarai Induk Rekod Kualiti
  2. Urusan Pengurusan Fail Rekod Pensyarah (FRP)
  3. Urusan Pengurusan Rekod Kualiti Dalam Bentuk Pengkalan Data Komputer

 

 

Subcategories

VIDEO POLITEKNIK 

Ke Atas
JSN Medis 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework