WACANA PENGUKUHAN ORGANISASI POLYCC ANJURAN POLITEKNIK BESUT TERENGGANU (PBT)
- Details
- Syuwaibah bt Chik
- Hits: 175
Barisan pengurusan tertinggi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) serta beberapa pegawai PSMZA dari Automotive Technology Center (ATeC) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) yang terlibat telah menghadiri program Wacana Pengukuhan Organisasi PolyCC anjuran Politeknik Besut Terengganu (PBT) serta POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu. Program yang turut menyelitkan aktiviti-aktiviti riadah seperti berbasikal mengelilingi Kuala Besut dan pantai Bukit Keluang sejauh 25 km, mendaki Bukit Keluang dan mencanting batik itu mendapat sambutan yang begitu baik dengan dihadiri Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dan pegawai-pegawai POLYCC.
Selain itu juga, Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA turut berpeluang mempamerkan kereta MyEV PSMZA hasil ciptaan pelajar dan pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) kepada Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail.