PROGRAM SPECIAL TRAINING FOR YOUNG LEADERS (STYLE) : Tasik Kenyir Peringkat Keb Tahun 2023
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 224
6.7.2023 - Program Special Training For Young Leaders (STYLE): Tasik Kenyir Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BAPP JPPKK) telah menganjurkan program tersebut yang dikelolakan oleh Unit Pengurusan Psikologi, PSMZA pada 2 hingga 5 Julai 2023. Program ini turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Antara objektif program tersebut adalah untuk membentuk jati diri peserta secara holistik terutama dari aspek pengurusan emosi apabila berdepan cabaran. Selain itu, program ini juga dapat melatih peserta mengurus tekanan dengan berkesan serta mendidik peserta untuk keluar dari zon selesa dan mencabar keupayaan diri di tahap maksima. Ia dapat mendedahkan peserta dengan keindahan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan kaya dengan ekosistem uniknya. Di samping itu juga program ini dapat menjadikan peserta agen promosi pelancongan tidak rasmi kepada Tasik Kenyir dan mampu berkongsi keindahannya di peringkat global. Program ini telah melibatkan seramai 73 orang peserta dari 26 buah Politeknik dan 40 buah Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia. Upacara perasmian Flag Off/Pelepasan Peserta telah disempurnakan oleh YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) pada 3 Julai 2023 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Manakala Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YBrs Ts Zainab Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK pada 5 Julai 2023 bertempat di Tapak Perkhemahan Air Terjun Saok, Tasik Kenyir. Program STYLE23 dipenuhi pengisian yang padat dengan aktiviti berbentuk teori dan praktikal seperti slot Psychology First Aid (PFA) yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi KPT, slot Taklimat dan Demo Bantuan Awal Kecemasan yang disampaikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), slot Refleksi Diri yang disampaikan oleh Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PSMZA, water confident, aktiviti berkayak dan penerokaan Santuari Kelah.