LAWATAN PERSEDIAAN PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN POLITEKNIK MALAYSIA BAGI TUJUAN AKREDITASI ETAC FASA 1 TAHUN 2023 oleh BGK JPPKK
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 178
10.8.2023 - LAWATAN PERSEDIAAN PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN POLITEKNIK MALAYSIA BAGI TUJUAN AKREDITASI ETAC FASA 1 TAHUN 2023 oleh BGK JPPKK
Pada 7-8 Ogos 2023, PSMZA telah menerima lawatan dpd BGK JPPKK bagi melihat persediaan semua program Diploma Kejuruteraan PSMZA ke arah akreditasi ETAC Fasa 1 Tahun 2023.
PSMZA adalah salah satu daripada 11 buah Politeknik Malaysia pada tahun 2023 ini yang akan menghadapi penilaian akreditasi ETAC New Cycle bagi 7 program kejuruteraan (DKA, DTK, DEP, DKM, DAD, DTP dan DEM) dan Interim/Continuing bagi program DEE.
Lawatan dihadiri oleh panel semakan iaitu En Muhamad Syafiq bin Zainun, Penolong Pengarah Kanan UJK BGK JPPKK dan Ts Khairul Fahzan bin Salleh, Pensyarah Kanan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Taklimat Pembukaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Mohyiddin bin Salleh bersama wakil KJ, KU berkaitan dan semua Ketua Program Diploma Kejuruteraan PSMZA.
Tujuan lawatan adalah untuk menyemak dan menilai kriteria laporan SAR, interim, fasiliti, OSH dan yang berkaitan di Jabatan Kejuruteraan Awam bagi Program DKA, Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi Program DTK, DEP dan DEE serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi Program DKM, DAD, DTP dan DEM.
Sepanjang lawatan, banyak perkara telah dibincangkan bagi membantu program dan pengurusan politeknik utk melaksanakan langkah-langkah tertentu serta ruang penambahbaikan sebagai persediaan utk menerima lawatan penilaian ETAC sebenar yg akan berlangsung pada bulan Oktober akan datang.
PSMZA mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada panel semakan atas komitmen dan dedikasi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan baik sebagai persediaan dalam menghadapi keperluan audit sebenar ETAC.
Semoga PSMZA berjaya memperolehi akreditasi ETAC bagi kesemua program kejuruteraan bagi tempoh akan datang.