4.1.2024 - LAWATAN KERJA KOLABORASI BERIMPAK TINGGI KE MILI TECH SDN BHD
 
Pihak Pengurusan PSMZA dan Jawatankuasa Automotive Technology Centre -ATeC- COT PSMZA yang diketuai oleh Pengarah PSMZA Hjh Zamra Binti Derahman telah mengadakan lawatan kerja kolaborasi berimpak tinggi ke rakan kolaborasi COC iaitu Mili Tech Sdn Bhd bertempat di Kajang, Selangor pada 3 Januari 2024.
Pembukaan tahun baru 2024 yang amat baik, Automotive Technology Centre -ATeC- COT PSMZA membawa hasrat untuk bekerjasama dengan Mili Tech Sdn Bhd untuk mewujudkan Pusat Kejuruteraan Kenderaan Hibrid dan EV di Zon Pantai Timur yang merangkumi Pusat Servis Kenderaan Hibrid EV dan juga Pusat Kursus Latihan Penyelenggaraan Kenderaan Hibrid EV yang berkonsepkan Industry On Campus (IOC).
Pihak Mili Tech Sdn Bhd secara dasarnya bersetuju dan menyokong dengan hasrat PSMZA dan dalam masa yang sama perancangan ini dapat membantu Mili Tech Sdn Bhd mengembangkan empayar di seluruh Malaysia khususnya di zon pantai timur. Turut dibincang adalah berkenaan Latihan Industri Pelajar dan Sangkutan Industri Pensyarah.