BUSINESS IDEA PITCHING COMPETITION PSMZA 2023
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 303
31.10.2023 - Business Idea Pitching Competition PSMZA 2023
Unit Keusahawanan PSMZA telah menganjurkan Program Business Idea Pitching Competition PSMZA 2023 di Dewan Dagang PSMZA pada 30 Oktober 2023. Program ini telah diuruskan oleh Jawatankuasa Keusahawanan JKA yang diketuai oleh Mohd Ridzuan Zainordin sebagai Pengurus Program. Format program ini berbentuk satu pertandingan, di mana para pelajar yang mengambil subjek Entrepreneurship (MPU22012) dan Cyberpreneurship (DFT30103), perlu mempersembahkan idea-idea atau produk-produk yang telah dipilih untuk dijual dan dipasarkan pada semester ini.
Sebanyak 44 kumpulan pelajar telah terpilih dan melibatkan seramai 200 orang pelajar PSMZA dari pelbagai jabatan; JKA, JTMK, JKE dan JKM telah menyertai pertandingan ini. Kategori yang dipertandingkan adalah Idea Terbaik, Produk Terbaik dan Komunikasi Terbaik. Panel-panel penjurian adalah Encik Halmi Hamzah (FAMA Terengganu), Tuan Rosidi Tuan Ab Razak (Amanah Ikhtiar Malaysia) Dungun, Puan Wan Zaleha Wan Musa dan Encik Noor Fazzle Mohd Zawawi (Persatuan Alumni PSMZA). Dua orang pensyarah PSMZA turut dipilih sebagai juri iaitu Puan Nazira Yunus dan Puan Zulinal Zulkifeli.
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSMZA, Ts. Dr. Mohd Hafizil Mat Yasin telah menyempurnakan perasmian program, seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang. NZ Crunchies dari JTMK telah berjaya memenangi tempat pertama kategori Idea Terbaik, Izzul Hariz Photography dari JKE pula memenangi tempat pertama kategori Produk Terbaik dan HXH Potret dari JKM berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Komunikasi Terbaik.
Semoga program sebegini menjadi satu titik mula kepada pelajar-pelajar dalam memulakan perniagaan di luar sana. Mentaliti mencari kerja perlu diubah kepada pencipta kepada pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian nanti.