1.8.2023 - BENGKEL PEMANTAPAN AUDITOR DAN PEMAHAMAN STANDARD & KEPERLUAN ISO 9001:2015
Telah berlangsung satu Bengkel Pemantapan Auditor dan Pemahaman Standard & Keperluan ISO 9001:2015 di Bilik Seminar ULPL, PSMZA selama dua hari iaitu pada 30 & 31 Julai 2023. Bengkel ini bertujuan untuk melatih juruaudit dalaman baharu dilantik dan memantapkan lagi pasukan audit sedia ada. Satu mock audit dijalankan pada hari kedua bengkel bertujuan untuk melatih para auditor kaedah sebenar proses audit di lapangan di beberapa unit yang terpilih. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta yang terlibat dan juga ribuan terima kasih kepada unit yang terpilih di atas kerjasama yang diberikan semasa sesi mock audit. Semoga dengan bengkel ini dapat menjayakan dan mengukuhkan lagi proses audit dalaman seterusnya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 oleh SIRIM.