LAMAN WEB POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

DIPLOMA

9

STAF

396

PELAJAR

2078

GRADUAN

25479

                                 
                                 
                       
                                 

 

KERATAN AKHBAR

PENGENALAN MPP

Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Institusi-institusi Pelajaran ( tatatertib ) 1976 memperuntukan  bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai satu jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.

 

Objektif

Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

  1. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  2. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.
  3. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti  yang dilaksanakan.
  4. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

Pelajar Politeknik KPT bagi program Diploma akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pelajar peringkat Diploma semester pertama juga boleh memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan kelayakan dan kecemerlangan dalam keputusan SPM.

Selain daripada itu, para pelajar juga boleh memohon pinjaman atau biasiswa pendidikan dari pelbagai pihak lain seperti badan-badan berkanun meliputi agensi kerajaan persekutuan (contoh JHEOA, Biasiswa Sukan KPT) dan kerajaan negeri (contoh Yayasan Selangor, Yayasan Pahang, Yayasan Johor, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah) dan syarikat-syarikat swasta (contoh KUOK Foundation dan Golden Hope Plantation).

Seseorang pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman sahaja. Pembayaran biasiswa/pinjaman adalah dibuat melalui akaun bank pelajar.

Elaun Khas juga disediakan untuk Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Politeknik KPT. Bantuan ini merupakan keistimewaan khas yang diberikan kepada pelajar OKU dengan tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan. Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini. Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.

Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di Politeknik KPT menggunakan kaedah yang dinamik bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ianya meliputi kaedah:

• Pengajaran secara terus dengan pelajar
• Perbincangan dan tutorial secara berkumpulan di dalam dan luar bilik kuliah
• Pembentangan tugasan dan projek
• Latihan Industri di persekitaran kerjaya sebenar (praktikal)
• Kajian kes dan penyelesaian masalah
• Kumpulan pelajar yang kecil bagi setiap sesi kuliah
• Pembelajaran berorientasikan students centered
• Penasihatan akademik dan pembimbing rakan sebaya
• Field work dan perbengkelan
• Persidangan dan seminar

Spesifikasi Kurikulum

Kurikulum di Politeknik KPT direkabentuk mengikut keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu berdasarkan Outcome Based. Bagi program diploma, pelajar didedahkan 60% aspek teori dan 40% aspek praktikal. Jumlah mata kredit program diploma adalah antara 90 hingga kurang daripada 120 kredit dengan purata kredit setiap semester pengajian antara 15 hingga 18 kredit.

Dalam usaha memberi nilai tambah kepada graduan politeknik, satu usaha telah dijalankan untuk menyatupadu kurikulum program pengajian di Politeknik KPT dengan pentauliahan profesional dimana sesuai.

Buat masa ini terdapat dua (2) bidang yang terlibat iaitu perdagangan dan teknologi maklumat. Diantara program yang terlibat adalah pentauliahan profesional, antaranya program London Chamber of Commerce & Industry International Qualification (LCCI) bagi program Diploma Akauntansi dan Diploma Pengajian Perniagaan dan program Cisco Certified Networking Association (CCNA) bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian).

sumber: Bahagian Ambilan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik

VIDEO POLITEKNIK 

Ke Atas
JSN Medis 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework