PENGENALAN
Unit Latihan dan pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit yang bertanggungjawab di dalam menguruskan latihan staf serta menyenggara data latihan. Di samping itu, ULPL juga menguruskan program Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) seperti Kursus Jangka Pendek / Kursus Terlanggan. Seiring dengan aktiviti PSH, fungsi ULPL telah diperluas dengan pengurusan kemudahan tempat dan bangunan seperti Bauk Inn, Bilik Seminar, Dewan Kuliah Utama & Lain-lain yang terlibat.
VISI
Unit Latihan & Pendidikan sebagai perancang utama dalam melaksana & menyediakan Latihan yang efektif bagi melahirkan modal insan yang berketerampilan & berkemahiran dalam bidang teknikal & pentadbiran kearkemerlangan Politeknik.
MISI
Unit Latihan & Pendidikan Komited untuk menguruskan Latihan staf secara berhemah, sistematik & berkesan bagi menyediakan kakitangan yang berkualiti kearah kemerlangan pengurusan menjelang tahun 2020.
OBJEKTIF ULPL
- Memastikan semua staf menghadiri kursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun
- Memastikan setiap pensyarah yang berada di jabatan / unit mengikut kursus mengikut bidang masing-masing selama 40 jam setahun
- Melaksanakan Program Pengajian Separa Masa (PPSM), Kursus Terlanggan dan Kursus Jangka Pendek mengikut keperluan & permintaan.
SENARAI KURSUS PENDEK YANG DITAWARKAN
1. KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN KENDERAAN
2. KURSUS ASAS ROBOTIK
3. KURSUS ASAS KIMPALAN ARKA / GAS
4. KURSUS AUTOCAD 2D DAN 3D / INVENTOR
5. KURSUS BAIKPULIH KOMPUTER
6. KURSUS PENGEDITAN VIDEO
7. KURSUS PERISIAN APLIKASI (WORD / EXCEL / POWERPOINT)
8. KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK
9. KURSUS MEMBINA BLOG PERNIAGAAN
10. KURSUS ADOBE PHOTOSHOP
11. KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
12. KURSUS INTENSIF ASAS BAHASA ARAB
13. KURSUS INTENSIF TAHSINUL QURAN
14. BETTER SPOKEN ENGLISH
15. KURSUS INTENSIF MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)